the true story...

Monday, December 13, 2010

~~baju cinta~~

korang pon blay try baju cinta nie..heheh..

Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin. Setelah membunyikan loceng, Si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu dgn tanpa seurat benang pun di badannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata, "Saya sedang menunggu suami saya pulang dari kerja nie nek!". "Yg kau telanjang tu nape!!! " marah si nenek. "Ini la BAJU CINTA saya" balas si cucu perempuannya. "BAJU CINTA ??" si nenek kehairanan. "Ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya. Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek." pinta si cucu perempuannya. Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami. Di dalam perjalanan pulang si nenek mndapat idea. Fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur. Sesampainya di rumah, si nenek tadi terus menanggalkan semua pakaiannya, mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. Kemudian si nenek tadi pun menunggu si atok pulang. Beberapa ketika si atok pon pulang. Sebaik saja pintu di buka, si atok mendapati si nenek berbogel kat depan pintu... .
"Awat hang nie? Dah buang tebiat ke? " marah si atok tadi.
"Ini lah BAJU CINTA saya bang" kata si nenek tadi. "BAJU
CINTA? ... ... . Kot iye pun... .. IRON la dulu baju tuh!! Nampak sangat kedutnyer... .."
Laughing Laughing Laughing Laughing

penat ke...atau dah tahu???

Hahah...kalu sesape yang bru jer plan nk study kat library sorg2 pas nih konpem tros xjadi pas bace cite nih...huhu

C
uaca petang itu begitu panas dan matahari masih bersinar terik. Dua orang remaja melangkah laju masuk ke dalam perpustakaan sambil mengepit buku. "Ahhh!! Barulah sejuk sedikit." kata seorang pemuda sambil mengibas-gibaskan baju putihnya yang basah dengan peluh.

"Wah ramainya orang kali ini." kata yang seorang lagi.

"Mestilah. Inikan minggu peperiksaan. Semuanya hendak belajar saat-saat akhir. Tentulah sesak. Tak apalah. Kita pergi ke tingkat atas sekali. Di situ tidak ramai orang." kata pemuda pertama tadi.

Mereka berdua terus melangkah menaiki tangga. Ternyata di tingkat teratas perpustakaan itu tidak ramai yang duduk di situ. Mereka berdua memilih sudut yang agak terlindung untuk belajar.

Masa terus berlalu. Beberapa jam kemudian.....

"Ahhh! Aku dah penatlah. Aku balik dahululah." kata seorang pemuda itu sambil mengemaskan buku-bukunya. Majalah "Popular Science" dan "National Geographic" yang bersepah di atas meja yang diduduki mereka.

"Allah! engkau ni. Awal lagi ini. Baru pukul tujuh."

"Aku ada temujanji malam ini." kata pemuda itu sambil tersengih-sengih.

"Wah! padanlah." sahut kawannya.

"Engkau masih belum mahu balik lagike?" tanyanya.

"Aku hendak mengulangkaji sedikit lagi. Tak apalah, engkau baliklah dahulu." kata rakannya sambil tersenyum-senyum.

Selesai mengemaskan bukunya pemuda itu melangkah turun meninggalkan rakannya yang masih tekun mengadap buku. Pemuda pertama itu meneruskan bacaannya mengenai sejarah kerajaan Sung - China. Sekali-sekala dia mengangkat kepalanya melihatkan sekeliling. Suasana perpustakaan itu sudahpun agak lengang kerana sudah ramai pelajar yang balik, malah tiada seorangpun yang tinggal di bahagian tingkat atas perpustakaan itu. Suasana yang sunyi itu lebih disukainya kerana lebih mudah baginya untuk mengulangkaji.

Tiba-tiba dia berbau satu haruman yang lembut. Dia terperanjat kerana apabila mengangkatkan kepalanya ada seorang gadis yang jelita yang berambut panjang duduk berhadapan dengannya, tekun membaca. Hatinya berdebar-debar seketika melihatkan kejelitaan gadis itu. Gadis itu tersipu-sipu apabila menyedari dirinya direnung sebegitu.

"Hai! Buat apa tu." tegurnya.

Gadis itu membalas senyumannya dengan senyuman manis. "Boleh saya menumpang duduk di sini. Di sini sunyi, tidak ada orang, jadi saya duduk dekat awak." jawabnya dengan lembut.

Dia berasa gembira. "Ada peluang nampaknya kali ini." katanya dalam hati.

Dia cuba mengajak gadis itu berbual-bual, ternyata gadis itu tidak menolak. Mereka berdua mula bersembang panjang.

"Boleh saya pinjam pen awak sekejab?" tanya gadis itu.

"Boleh-boleh" dia menjawab sambil menghulurkan pennya kepada gadis itu.

"Terima kasih. Saya pulangkan pen awak ini." suara lembut gadis itu menerpa cuping telinganya.

Dia menghulurkan tangannya untuk menyambut pen yang di hulurkan oleh gadis itu.

Tiba-tiba muka gadis itu berubah menjadi merah lalu tertunduk tersipu-sipu kemalu-maluan, apabila dia cuba mencapai tangan gadis itu, tetapi ternyata gadis itu lebih tangkas merentap balik tangannya itu.

Dia agak hampa kerana gagal menggengam tangan gadis itu lalu menggetuk meja dengan pen tetapi pennya itu pula yang terjatuh pula ke bawah meja. Dia menyelinap ke bawah meja untuk mengambil pen itu, tetapi dia mengangkatkan kepalanya terlalu cepat sehinggakan berdetum kepalanya terhantukkan ke bawah meja itu.

Dia menyumpah-yumpah apabila mendengarkan gadis itu tertawa perlahan-lahan. Dia sedang menggosok-gosokkan kepalanya apabila dengan tiba-tiba bulu romanya menegak berdiri apabila dia melihat dengan ekor matanya kerusi di hadapannya itu. Darahnya berderau dan dia bangun menegak kembali sambil terus menggosokkan -gosokkan kepalanya sambil melihat kearah gadis itu yang duduk tersenyum di hadapannya sambil menutup mulut dengan tangan.

Dia mula mengemas-gemaskan bukunya dengan cepat. Untuk menguatkan semangatnya dia berkata "Ahhh... dah penatlah. Nak baliklah."

Gadis itu hanya tersenyum mendengarkan perkataannya lantas menjawab "Dah penat ke atau dah tahu..."

Gadis tengkorak.
Dia tidak bertangguh lagi terus lari lintang pukang menerpa ke tangga. Pandangannya melihatkan sepasang kaki yang tinggal rangka di hadapannya di bawah meja, sedangkan rupa seorang gadis cantik di sebelah atas yang bercakap- cakap dengannya cukup menyeramkannya.

Sepanjang jalan itu, suara gadis itu berulang-ulang kedengaran bertanyakan "Dah penat ke, dah tahu? "Dah penat ke, dah tahu?" disertai deraian ketawa mengelikik.

Tanpa bertangguh lagi dia memecut lebih laju, berlari balik, putih tapak kaki, tanpa menoleh kebelakang lagi.
p/s:jangan pandang belakang..hehehe

~Misteri Chatting Tengah Malam~


haa..ni lagi satu cite antu yg ak masih igt lg sampai skarg..sesape yg rase diri korang tuh kurus semangat diberi warning awal2 ea...jgn duk bace cite nie ek..huhu...........


Zainah merupakan seorang gadis yang agak kasar perlakuannya. namun sejak akhir2 ini sikapnya seakan berubah. teman sebiliknya, faridah sedikit terkejut dengan perubahan yang berlaku ke atas rakannya. hampir setiap malam zainah akan keluar dari bilik dan berkunjung ke kafe siber.

nick name julia dan zack menghias skrin komputer. hampir 4 jam mereka berchatting tanpa henti di channel tersebut.zainah makin terhibur dengan pertemuan yang tidak diduga ini. ianya akhirnya berlarutan selama berbulan2.

zainah makin rapat dengan zack sekalipun tidak mengenali rupa paras masing2.tambah mengejutkan sikap dan pakaian zainah turut berubah. dia yang dulunya sedikit kasar dan gemar memakai pakaian ala lelaki kini kelihatan bertambah ayu dengan penampilan barunya.zainah meneruskan rutin hariannya malam itu.janjinya pada zack untuk bertemu jam 8mlm tidak akan dimungkirinya. malam makin tua namun nick name zack masih belum muncul. jam di dinding berdenting 12 kali dan zack belum muncul.

biarpun kecewa dengan apa yang berlaku. namum zainah tidak putus asa. dia msih meneruskan rutin hariannya ke kafe siber setiap hari untuk bertemu zack walaupun usaha yang dilakukannya itu tidak berjaya. seminggu berlalu pergi dan zainah masih setia menanti. malam itu dia bertuah kerana dapat berbual dengan zack yang dinantinya sekian lama.

julia :kenapa dh lama x on9?lama sy cri awak, telefon pun xdpt.awak pergi mn?
zack:saya ada masalah skit.trpksa prgi tmpt lain, sbb tu x dpt contact awak.
julia : awak x sihat ker?

tiada jawapan..... zack mengambil langkah mendiamkan diri setelah diajukan soalan itu. tak sampai hati rasanya nak memaklumkan perkara tersebut. namun begitu dia terpaksa memberitahu segalanya kerana hanya zainahlah yang mampu membantunya.

julia :naper x reply balik?awak still ader ker?
zack: yerp, ader lagi neh.dan sya akan sntiasa ader di cc awak slalu.julia, saya nk mntak tlg ley x?
julia :apa dia?slagi sy ley tlg, sy akan tlg
zack:biarpun keadaan x sm lg mcm dulu tp prasaan trhadap awak masih kuat
julia : apa yg awak ckp ni?sy x fhmlah. keadaan apa yg x sm? awak nper neh?
zack: hrp awak x trkejut ngan brita nih.sy kemalangan mgu lpas sbb itulah x dpt contact awak. sy luka parah, byk darah hilang...sy tercmpk dlm semak dan cba dptkan bantuan ttp hampa
julia :hbis skang awak katner?keadaan awak?
zack: sy masih lagi di sni.menantikan prtolongan di Kilometer 8, Jalan Panglima Garang. hrp awak dpt 'mnyelamatkan' sy.

perbualan terhenti di situ. zainah seakan terpaku dengan berita yang diterimanya. tanpa berlengah lagi dia terus menghubungi keluarga zack bagi mendapatkan kepastian dan ternyata mereka masih mencari zack yang dipercayai hilang sejak seminggu yang lalu.

air mata zainah mengalir deras di pipinya dan tanpa membuang masa dia terus bergegas ke tempat yang dimaksudkan, ditemani rakan sebiliknya, faridah. setibanya mereka di sana, kelihatan beberapa buah kereta polis dan ahli keluarga zack. bau busuk menerawang ke merata tempat dan tidak lama kemudian mayat zack diusing keluar dalam keadaan yang amat menyedihkan.

sekalipun sedih dengan apa yang terjadi namun zainah amat berpuas hati kerana dapat 'menyelamatkan' zack dari terus menjadi mangsa di situ dan persoalannya kini siapa yang berchatting dengannya malam tadi?

Orang kampong semua sudah tahu!!!




dollah yankee -
Dimana-mana ada program anjuran PR, hantar dan upah NGO's dan JKKK serta ahli-ahli umno buat bising, bersorak dan buat kacau tapi jangan lupa panggil sama stesen TV dan press.

bilik MB berpuaka..ngeh3..


Bilik MB Selangor yang berpuaka?!

Di Selangor macam-macam ada, yang baik ada yang tak baik pun banyak. Yang cantik banyak, yang hodoh pun tak kurang.

Selangor ada lah sebuah negeri yang cukup kaya selepas Penang. Negeri Selangor juga merupakan sebuah negeri dalam negara kita yang cukup 'happening'.
Jadi kepada sesiapa juga yang dapat jadi MB negeri itu, sudah pasti lah ia akan menjadi seorang yang cukup 'powerful'.

Bilik MB di-pejabat Menteri Besar Selangor itu telah jadi perhatian semenjak dari zaman Datuk Harun Idris jadi MB lagi, sampai ada yang kata bilik itu berhantu dan berpuaka.

Khir Toyo pula bukan lah orang pertama yang sudah kena rasuk sehingga jatuh dari kerusi MB dalam bilik MB itu.

Datuk Harun dengan kes tinju Muhhamad Ali lawan Joe Bugner, Abu Hasan Omar pula telah di'penerajang' keluar kerana kes 'kongkek adik ipar', Muhhammad Md.Taib pula dengan kes duit cash sampai dekat 3 juta dollar yang cuba dibawa keluar dari Gold Coast,Australia.

Dan pada hari ini, pada saat ini hantu-hantu dalam bilik Menteri Besar itu kini mula merasuk TS Khalid Ibrahim pula, kalau tak percaya pergi lah tanya dia sendiri, macam mana dia sekarang sedang jenuh bersilat melawan dengan hantu-hantu itu.

Sunday, December 12, 2010

kisah cinta sejati...huk3

Suatu Hari burUng jtUh cnta pda mAwAr putIh..
BurUng pUn bRusha mNguNgkApkAn pRasAan’ny…
Tpi mawAr pUtIh bRkAta ” aQ tAk kan bIsa mNcIntaImu ”

BurUng pUn tAk meNyerah, tIap hari dIa dTg uNtUk bRtEmu dGn mAwar pUtIh, mAwar pUn brkata ” aQ aKan mNcNtaI mu, jiKa kmu dPt mNguBahQ mNjdI mAwAr mErah “…

Dan sUatu hArI bUruNg dtg kMbaLi, dIa mEmOtoNg sayap’ny dAn mEneBarkAn dArah’ny pAda mAwar pUtIh sEhiNgga mAwar pUtIh pUn bErUbah mNjadI mErah…
AkhIr’ny, mAwar sadar bHwa sBeraPa bEsar bUrUng itU mNcIntaI dirI’ny..
TpI sMua’ny tRlaMbat, kRna bUruNg tAk kAn kMbLi lgi k dUnIa…

JadI hargaI lAh sIapa pUn yG mNcIntaI mu, sBlum dIa pRgI uNtUk mNinggaLkan mU sLama’ny………

Semoga “Kisah Yang Menyentuh Hati” diatas dapat mengetuk hati anda baik perempuan atau laki-laki yang merasa ada yang sedang menyukaimu, hargailah dia… :)

berikut ini.

hantu????

Sedang asyik menonton tv, telefon ku berbunyi. Tanda ada panggilan masuk. Tertera perkataan Emak di skrin. Di pendekkan cerita, ku mendapat soalan yang istimewa.hehe

Emak: tengok tv berapa tu..?

Ku: tv sembilan. kenape?

Emak: bukak la tv tiga. ada penanggal.
budak-budak ni semua takut.hehe

Ku: tak nak. takut. tahu dah,.. ada citer keliwon..

Penghujung perbualan, Emak menggelakkan ku.


Ku memang penakut untuk tengok cerita yang ada wajah-wajah yang menyeramkan dan menakutkan mahupon kategori menggelikan iaitu wajah yang pelik.huhu Bukan apa, ianya akan membuatkan diriku terbayang-bayang akan wajah hodoh yang dipaparkan. Boleh tak senang duduk dibuatnya. Bila kat rumah, bila nak mula je iklan keliwon, cepat-cepat ku capai remote untuk alih ke stesen lain atau bagi tv tu diam. Kalau kata remote dok jauh, tangan ku akan cepat-cepat tutup telinga sambil gosok-gosok dengan rambut untuk wujudkan bunyi. Supaya suara-suara daripada wajah hodoh juga dari ikaln itu tidak kedengaran.huhu..

Korang suke ke tengok cerita seram?