the true story...

Sunday, December 12, 2010

hantu????

Sedang asyik menonton tv, telefon ku berbunyi. Tanda ada panggilan masuk. Tertera perkataan Emak di skrin. Di pendekkan cerita, ku mendapat soalan yang istimewa.hehe

Emak: tengok tv berapa tu..?

Ku: tv sembilan. kenape?

Emak: bukak la tv tiga. ada penanggal.
budak-budak ni semua takut.hehe

Ku: tak nak. takut. tahu dah,.. ada citer keliwon..

Penghujung perbualan, Emak menggelakkan ku.


Ku memang penakut untuk tengok cerita yang ada wajah-wajah yang menyeramkan dan menakutkan mahupon kategori menggelikan iaitu wajah yang pelik.huhu Bukan apa, ianya akan membuatkan diriku terbayang-bayang akan wajah hodoh yang dipaparkan. Boleh tak senang duduk dibuatnya. Bila kat rumah, bila nak mula je iklan keliwon, cepat-cepat ku capai remote untuk alih ke stesen lain atau bagi tv tu diam. Kalau kata remote dok jauh, tangan ku akan cepat-cepat tutup telinga sambil gosok-gosok dengan rambut untuk wujudkan bunyi. Supaya suara-suara daripada wajah hodoh juga dari ikaln itu tidak kedengaran.huhu..

Korang suke ke tengok cerita seram?

No comments:

Post a Comment